Sunday, 14 August 2016

ILMU versus KEBODOHAN


woowww... berhabuk sudah hehee, lama dah tak ku jenguk blog ini, isi nya juga sudah basi..
baiklah hari ini topik baru, 2016.. agak lama aku meninggalkan mu wahai blog. maafkan aku.. (amboi drama lebih2 pula)

tahun 2016, tahun ni aku sibuk. kaki ku mula melangkah, sayap ku mula melebar sedikit.
kini aku terbang lebih jauh. yah, impian ku untuk menjelajah kini hampir tercapai. Alhamdulillah, aku kini masih bergelar seorang pelajar (SISWI), aku menyambung pengajian ku di negeri sembilan. yup UiTM kuala pilah, negori sembilan.. hehee banyak bondo eden belajo doket sano.


kata orang, kemas la pakaian mu, usung la bagasi mu, jelajah la bumi ini di usia mu yang muda. deep meaning. betul lah, sebab kalau dah usia tua, mana lagi la larat maw berjalan heheee. ada setuju?? bak kata pepatah " Jauh perjalanan, luas pemandangan". Tuntut la ilmu walau di negeri china sekali pun.


ILMU.. ya ilmu itu penting.. ingat seperkara ini : "sesungguhnya bila kau tidak mampu menahan penatnya menuntut ilmu, maka kau akan menanggung peritnya KEBODOHAN". maaf mungkin ada sedikit kasar ayat ini tapi ada maksud yang tersurat.

betul la kata orang, makin aku belajar, makin aku ketahui bertapa bodohnya diri ini.. sebab banyak benda aku tidak ketahui, ilmu di dada ku belum cukup apatah lagi ilmu akhirat. jangan pernah kau MALU bila merasa BODOH makanya tuntut la ilmu dan pastikan ILMU itu BERGUNA dan BERMANFAAT, dan JANGAN pula kau mula sombong dengan KEBODOHANmu.. maksud nya bila kita tak pasti pasal sesuatu perkara, jangan kita MEMANDAI-MANDAI, jangan SOMBONG untuk bertanya, jangan SOMBONG untuk menuntut ilmu.(pesanan buat diri ku juga)


dan bila kamu berilmu JANGAN SOMBONG, kongsi la ilmu tersebut. Beramal la dengan ilmu tersebut.sesungguhnya "ILMU tanpa amal bagai pohon tanpa buah." tak semestinya ke sekolah baru boleh menuntut ilmu..


ILMU, dimana-mana kau boleh pelajari.. sama ada secara formal atau tidak. contoh MEMASAK. boleh je belajar ILMU MEMASAK dari ibu kesayangan kan. daripada asyik sibuk main game Pokemon Go (trending game sekarang) tu baik kau cuba main ILMU GO.. sampai ketemu di lembaran seterusnya

Wednesday, 7 January 2015

Dari ukhwah terbitnya CINTA...

Assalamualaikum sahabat patik sekalian..
Telah lama patik tinggal kan blog ini, dan terlampau banyak perihal yang patik ingin kongsikan. kerna bak kata orang2 putih kunun "sharing is caring".. aiseee (apasal ayat aku hari ni baku sangat) hahaha..





CINTA.. perghh fuhlamak.. hot jo topic.. Bila kita sentuh tentang perkataan yang berbunyi "CINTA" pasti hati berbunga-bunga, pipi mula jadi merah, perasaan mula membuak-buak. Jika ditanya pada semua orang apa itu CINTA, aku yakin dan pasti, jawapan mereka akan berbunga-bunga. Macam mana aku tahu?? senang jer, dari susun atur ayat mereka, setiap bait-bait kata yang disusun indah untuk mengambarkan maksud tersirat CINTA..

CINTA tak mengenal usia laa, CINTA itu indah jika orang itu tahu menghargai la, CINTA itu adalah perasaan yang lahir dari mata jatuh ke hati la, CINTA itu umpama suasana menghijau, langit mencerah kemerah-merahan, bunyi burung berkicauan la, CINTA juga perlu pengorbanan la..

TAPI!!!! CINTA bagi aku, tak semestinya cinta pada pasangan kita yang berjaya menambat hati.. CINTA bagi aku adalah kebahagian, keselesaan dan keredhaan dari Allah, semua itu dapat aku rasai ketika bersama dengan mereka. Siapa MEREKA?? Tak lain tak bukan mestilah Umi, Ayah, adik beradik, jiran, keluarga dan yang paling perlu ada.. SAHABAT..


Tuesday, 22 July 2014

resepi umi... "pudding caramel" atau "pudding susu gula hangus" ^_^

Alooohaaa!! Berhabuk sudah jo blog ni.. lama dah tak update, maklumlah sekarang ni susah sangat nak cari line wifi.. kalau ada pun line dia lambat kalah siput..

            Today I’m going to share a simple recipe.. memandangkan hari tu kan hari ibu, well I ada belajar buat satu masakan yang simple. Desert. “PUDDING CARAMEL” dalam bahasa melayu “SUSU PUDING GULA HANGUS” ..




            Bahan2 nya simple jak, 1 tin susu pekat, 2 tin susu cair, 1 ½ gelas air, 10 biji telur dan gula. Mula2 kena hanguskan gula, bagi dia cair.. sementara tunggu gula cair, boleh lah sediakan adunan untuk pudding. Masukan 10 biji telur dalam beskom haha. Then campur kan sekali dgn susu pekat dan susu cair tadi pas tu gaul sekata last skli campur sedikit air.. Ok dah siap adunan pudding, gula pun dah cair..

            Selepas tu tuangkan gula cair tadi ke dalam bekas2 kecil. Bekas agar2 pun boleh hihi.. ok biar dia sejuk sikit pas tu baru lah tuang adunan pudding td ke dalam bekas yg ada gula hangus tu.. Bila dah selesai, kita kukus adunan tadi selama 10 mnit api korang kena pandai2 kawal k, x blh kuat sgt dan x blh kecik sgt.. Dah siap pun… letak dalma ice box (peti sejuk) hihi kita orh kat sini panggul ice box,


hihi siap ada smily face lagi k.. (^_^)


ni lepas terbalikan isi acuan td yg sdah di kukus.. macam bulan pun ada hehehe 


Selamat mencuba.